Hati sifatnya selalu degil, Degil dengan kemahuaannya, Berkeras, memaksa keadaan sehingga dia sendiri mampu merana. Berpaksi kepada nyata, Bahawa segala ketentuan Allah itu terbaik untuk kita. Jodoh itu rahsia Allah.
Bila bicara soal hati, sifatnya berbolak balik. Cepat merasa sayang, cepat rasa suka, sehingga melakukan apa jua yang dia rasa betul. Pertahankan cinta, sanggup hilang keluarga, sanggup hilang harga diri, sanggup hilang Allah kerana cinta.
Mak selalu kata cinta itu memang pilihan kita tapi jika cinta itu tidak mendapat restu keluarga dan restu di dari Allah maka susahlah hidup kita. Tapi orang kita sanggup untuk melawan takdir untuk buktikan cinta yang agung. Hakikatnya jangan melawan takdir Allah. Andai dia jodoh kita, pasti akan bersama dan andai bukan akan dipisahkan dengan sehalus cara.
Kadang Allah hadirkan keyakinan hati untuk kita terus kenal dia atau tidak dan pernah itu tanpa sebab apa kita dijarakkan. Apa yang selalu acik buat jika mahu kenal dengan seseorang itu aku buat istikarah. Istikarah untuk memohon petunjuk Allah.
Bila rasa kita belum ada ikatan yang sah, tiba-tiba rasa banyak halangan. Bila dengan dia kita sering rasa serabut, ada je pekara tak kena. Cubalah semak dulu, apa pekara yang tak betul. Rasa terlalu banyak sebab untuk kita tidak bersama dia.
Daftar Isi
Muasabah diri, Mungkin orang lain jodoh kita.
Dan aku pernah lalui, kami merancang berkahwin, tetapi dia kawin dengan orang lain. Terbaru minta hantara 20 ribu, terpisah kerana wang ringgit. Pelbagai cara tanpa kita sedari. Acik lebih mengikuti saranan mak kerana Ingat dalam dunia ini ada 2 pekara penting berkaitan dengan doa ibu bapa kita.
Pertama ibu bapa pastikan akan mendoakan yang baik-baik untuk kita dan doanya di makbulkan Allah, Kedua jika kita buat hati mereka terguris dan mereka medoakan kecelakaan hidup kita maka hidup kita tak akan aman .. Acik pegang pada itu ,jangan kerana cinta kita sanggup buang mereka.
*****
Jika Sang Penciptanya Saja Dia Tinggalkan, Apalagi Kamu!
Jangan mencintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja dia tinggalkan, apalagi kamu Imam Asy – Syafi’i
Saat membaca kata-kata dari imam syafi’i tersebut, rasanya batinku mulai runtuh dan gelisah. Apakah aku mencintainya berlandaskan iman atau hanya karena nafsu semata saja. Bagaiamana dengan dia juga, apakah dia mencintaiku karena lillahi Taala atau hanya sebagai pelengkap hidupnya saja.
Tapi sebenanrya dalam kehidupan ini, kita hanya menjalani perjalanan yang panjang yang sudah ditakdirkan oleh Allah. Ada kalanya kita berhenti dipersimpangan dan mendapatkan ujian yang tak kunjung berhenti. Dan untuk mendapatkan hasil yang baik, kita juga harus berusaha menjadi orang yang baik, begitu juga perihal jodoh.
Cinta Itu Memang Fitrah, Tapi yang Menentukan Cara Jatuh Cinta Adalah Mutlak di Tangan Kita Meski Keputusan Ada di Tangan Tuhan.
Bercinta itu fitrah kita sebagai manusia,tetapi kita jugalah yang mencorakkan kisah cinta kita. Bagaimana pembawa kita untuk cinta yang kita dambakan ? . Keluar sampai lewat malam, naik motor sama-sama. Jalan pimpin tangan,upload gambar berpeluk caption #tilljannah dan keluar dating tinggal solat semua.
Tetapi bila kecewa , di tinggalkan kekasih, putus cinta.Kamu salahkan Allah, kenapa di uji begitu ? Kenapa Allah tak adil ? Sedangkan itu kerana perbuatan kita. Jauh dari Allah, terlalu ikut hati dan nakkan kebebasan dunia.
Tanya diri kamu, adakah cinta seperti itu yang kamu mahukan ?
Allah sayang kita, berkali kita buat salah dia tetap bantu kita. Beribu kali kita buat dosa beribu kali Allah berikan nikmatNya. Hingga satu saat Allah berpaling pada kita membiarkan kita.
“Di antara tanda-tanda Allah berpaling daripada seseorang ialah Allah menjadikan kesibukannya pada perkara-perkara yang tidak bermanfaat bagi dirinya.”
Andai kau punya hati, kembalilah. Jangan pilih jalan hitam jangan kembali ke masa lalumu. Kembalilah kepada tuhamu. Jika seseorang yang kamu cinta mampu tinggalkan tuhannya , tiada mustahil di mampu tinggalkan kamu berkali-kali.
Sumber Artikel : http://www.akupenghibur.com